Monday, August 25, 2008

LAPORAN PLAN OPERASI MINGGU INFORMASI KERJAYA 2008

Lawatan ke Kolej Tunku Abdul Rahman....

Khusyuk mendengar taklimat...........


Pertandingan melukis poster......

Pertandingan media kerjaya.....



1.0 PENDAHULUAN
Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum membuatkan pelajar terlepas pandang bahawa pendidikan kerjaya juga penting untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang tersebut. Dengan adanya matlamat kerjaya yang jelas, ia membantu pelajar membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai dalam peperiksaan SPM akan datang dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Berdasarkan prinsip SWOT, kekuatan yang ada pada sekolah untuk menganjurkan aktiviti kerjaya adalah terdapat banyak kolej swasta di sekitar kawasan sekolah ini dan merekamenjalin perhubungan yang baik dengan sekolah. Mereka juga telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah dan input tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar tingkatan 5. kelemahan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah ini adalah mereka kurang terdedah dengan maklumat-maklumat kerjaya dan matlamat selepas SPM mereka masih kabur lagi. Sebenarnya peluang untuk lebih memahami cita-cita dan halatuju sendiri selepas SPM terbuka luas kepada pelajar jika mereka rajin bertanya dan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat kerjaya di sekeliling mereka. Tetapi ancaman yang pelajar-pelajar akan hadapi adalah terdapat banyak kolej swasta berskala kecil yang menawarkan program-program yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan Lembaga Akreditasi Negara ( LAN ). Jika pelajar tidak membuat kajian dan mengumpul maklumat yang tepat sebelum berdaftar untuk melanjutkan pelajaran, maka peluang tertipu adalah tinggi pada mereka.

Maka dengan menganjurkan Minggu Informasi Kerjaya ini, maklumat-maklumat tentang kerjaya dan melanjutkan pelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar tingkatan 5 agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar kelak.


2.0 RASIONAL
Menyampaikan maklumat kerjaya dan hal-hal untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang di rancangkan supaya mereka melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.


3.0 MATLAMAT
Menghasilkan para pelajar yang lengkap dengan pelbagai ilmu pendidikan kerjaya dan jelas tentang matlamat hidup mereka serta berjaya dalam bidang kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang.



4.0 OBJEKTIF
4.1 Dapat menyampaikan maklumat tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar supaya mereka lebih bersedia menghadapi duni pekerjaan yang semakin mencabar.
4.2 Menambah pengetahuan pelajar mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktivit-aktiviti yang dijalankan.
4.3 Memberi pendedahan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS serta prospek kursu-kursus tersebut.
4.4 Membantu meningkatkan motivasi pelajar serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri mereka.
4.5 Memupuk semangat integrasi dan perpaduan kaum di antara pelajar-pelajar dan guru-guru melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sepanjang minggu ini.


5.0 TEMA
‘Pendidikan Cemerlang Kerjaya Gemilang’


6.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Pandan Jaya khususnya pelajar tingkatan 5.


7.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Dari 7hb Julai hingga 11hb Julai 2008


8.0 PROGRAM PELAKSANAAN
8.1 Pelancaran Minggu Informasi Kerjaya
8.2 Ceramah Kerjaya :
8.2.1 Bidang Hospitality dan Pelancongan
8.2.2 Bidang Sains Kesihatan
8.2.3 Profit Seekers ( Accounting, Management, Marketing, Banking)
8.2.4 Kemahiran
8.2.5 Kesenian

8.3 Lawatan Kerjaya
8.3.1 Kolej Tunku Abdul Rahman, KL

8.4 Pameran Kerjaya
Menjemput IPTA / IPTS untuk mengadakan pameran.

8.5 Kuiz Kerjaya
Soalan kuiz akan diedarkan selepas perhimpunan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5. 20 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan ketepatan jawapan yang diberi.


9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Sila rujuk lampiran 1


10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA MINGGU INFORMASI KERJAYA 2008

10.1 Anjuran Bersama :
10.1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling
10.1.2 Unit Ko-Kokurikulum
10.1.3 Panitia Pendidikan Seni Visual
10.1.4 Kelab Seni Kreatif


11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pn. Hjh. Fazilah bt. Ibrahim
Penasihat

Tn. Syed Ismail b. Syed Mohamed
Pengerusi
Cik. Hjh. Norhayati bt. Mohamad
Pn. Hjh. Soriati bt. Abd Samad
Pn . Hjh Norma bt. Ramli
Naib Pengerusi
Pn. Liao Lee Lian
Penyelaras
Pn. Norashikkin bt. Ali
Setiausaha / Pelaksana
Pn. Suhaida bt. Samsudin
Naib Setiausaha / pelaksana

Pn. Zaiza Wahida bt. Mohd Khir Low
Bendahari / Pelaksana

En. Basarudin b. Bahaman
Pelaksana

Pembimbing Rakan Sebaya
Jawatankuasa Pameran Kerjaya


12.0 KOS PELAKSANAAN
1.Cenderamata untuk penceramah 8 x RM 11.90 RM 95.20
2.Sewaan Bas Untuk Lawatan 1 x RM 250 RM 250.00
3.Makan minum untuk wakil IPTS ( pameran ) RM 77.20
4.Dokumentasi RM 45.30

JUMLAH RM 467.70


13.0 MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Keberkesanan aktiviti-aktiviti Minggu Informasi Kerjaya ini akan dinilai oleh kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya. Soal selidik secara lisan dan bertulis akan dijalankan kepada guru-guru dan pelajar tingkatan 5.


14.0LAPORAN AKTIVITI
14.1 MAJLIS PELANCARAN
Majlis pelancaran dimulakan dengan sketsa kerjaya bertemakan Pendidikan Kerjaya Penentu Masa Depan Gemilang. Beberapa orang pelajar tingkatan 4 berjaya melaksanakan sketsa tentang kerjaya penerbangan. Melalui sketsa yang dilakonkan oleh pelajar, guru kaunseling telah mengemukakan beberapa soalan kuiz kepada pelajar berdasarkan sketsa yang mereka tonton. Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat telah diberikan hadiah. Aktiviti ini telah membawa mesej yang jelas berdasarkan tema aktiviti kepada para pelajar.


14.2 CERAMAH-CERAMAH KERJAYA
14.2.1 Ceramah kerjaya yang umum
Ø Dikendalikan oleh kaunselor sendiri. Antara isi kandungannya termasuk :
Halatuju selepas SPM
Kursus-kursus berbentuk kemahiran pada peringkat sijil dan diploma.
Biasiswa dan pinjaman yang boleh dimohon.
Penempahan borang matrikulasi.
Kursus-kursus bidang sains dan teknologi.


14.2.2 Ceramah – Bidang Sains Kesihatan
Ø Disampaikan oleh wakil / pensyarah Kolej PTPL Ampang kepada pelajar aliran sains tulen sahaja.
Ø Pengisian ceramah lebih kepada bidang-bidang kursus yang boleh pelajar ikuti selepas SPM dan tentang prospek kerjaya yang ditawarkan berkaitan dengan kursus yang diambil.

14.2.3 Ceramah – Bidang Hospitality dan Pelancongan
Ø Ceramah ini disampaikan oleh wakil/pensyarah Kolej PTPL Ampang kepada pelajar aliran kemanusiaan ( 5 Cekap, 5 Cekal, 5 Ceria, 5 Cerdik, 5 Cerdas dan 5 Harmoni. )
Ø Pengisian ceramah tentang bidang-bidang kursus yang ditawarkan selepas SPM dan tentang prospek kerjaya yang ditawarkan berkaitan dengan kursus yang diambil.
Ø Pensyarah kolej ini juga menerangkan tentang halatuju pelajar yang mengambil kursus ini adalah sangat meluas terutama dalam bidang pelancongan.

14.2.4 Ceramah – Profit Seekers
Ø Ceramah ini disampaikan oleh wakil / pensyarah Management & Science University.
Ø Sasaran pelajar adalah daripada kelas 5 Bijak, 5 Berkat, 5 Bestari, 5 Cekap, 5 Cekal, 5 Ceria, 5 Cerdik, 5 Cerdas dan 5 Harmoni.
Ø Pengisian ceramah ini lebih kepada kursus bidang perakaunan, ekonomi dan pentadbiran perniagaan.
Ø Ceramah ini sangat sesuai dengan bidang yang pelajar ambil iaitu prinsip akaun dan perdagangan.
Ø Ceramah ini mendapat perhatian daripada pelajar kerana ramai yang bertanya tentang kursus-kursus yang berkaitan dengan mereka.

14.2.5 Ceramah – Kemahiran
Ø Ceramah ini disampaikan oleh wakil daripada Kolej Poly-Tech Mara.
Ø Sasaran pelajar adalah daripada kelas 5 Cekap, 5 Cekal, 5 Ceria, 5 Cerdik, 5 Cerdas dan 5 Harmoni.
Ø Pengisian ceramah ini berkaitan dengan kursus dalam bidang teknologi dan IT serta prospek kerjaya yang boleh pelajar ceburi selepas SPM.
Ø Wakil kolej ini juga menerangkan tentang cara pelajar bantuan kewangan yang pelajar boleh minta untuk melanjutkan pelajaran.
Ø Di akhir ceramah ini wakil kolej telah mengemukakan beberapa soalan kuiz berdasarkan ceramah yang telah disampaikan.
Ø Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat telah diberi cenderahati daripada pihak kolej.

14.2.6 Ceramah – Industri Penerbangan
Ø Pihak sekolah telah menjemput Inter Excell Advisory untuk memberi ceramah, tetapi pada saat akhir, pihak institut tidak dapat hadir kerana wakil penceramah terpaksa menghadiri satu kursus yang tidak dapat dielakkan. Maka ceramah ini tidak dapat dijalankan.



Kekangan dan halangan
Ada sesetengah pelajar kelas lemah tingkatan 5 tidak masuk ke bilik ceramah untuk mendengar ceramah dan mereka ponteng dengan melepak di blok lama dan tandas.
Kurang kawalan daripada guru waktu matapelajaran semasa aktiviti dijalankan juga menyebabkan pelajar ramai yang ponteng dan keluar masuk bilik ceramah tanpa kawalan.
Tempat ceramah yang kurang selesa juga mempengaruhi pelajar untuk tidak berada lama di dalam bilik media ( tempat ceramah ).
Kerosakkan suis di blok jaya telah menyebabkan beberapa sesi ceramah lewat dimulakan dan terpaksa menyambung suis daripada kelas 5 ceria.
Penceramah yang tidak hadir pada saat-saat akhir membazirkan masa satu sesi ceramah yang diaturkan.

Mekanisme Penambahbaikan
1. Guru-guru mata pelajaran perlu mengawal kelas masing-masing semasa program dilaksanakan.
2. Selain daripada itu, kehadiran pelajar untuk sesi ceramah juga perlu dikawal ketat supaya pelajar tidak ada peluang untuk ponteng kelas.
3. Mengasingkan pelajar mengikut kelas supaya pelajar yang bermasalah ini tidak mengganggu pelajar lain dan sesi ceramah dapat berjalan lancar.
4. Kerosakkan suis utama perlu dibaiki supaya program akan datang dapat berjalan lancar.
5. Mengingatkan pelajar supaya menghormati tetamu luar seperti penceramah yang dijemput.


14.3 LAWATAN KERJAYA
Ø Lawatan kerjaya ini telah dibuat di Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak KL. Lawatan ini terpaksa dibuat selepas Minggu Informasi Kerjaya kerana waktu yang ditetapkan pada minggu tersebut telah penuh.
Ø Seramai 80 orang pelajar daripada kelas 5 Alfa, 5 Beta dan 5 Harmoni telah menyertai lawatan ini.
Ø Pihak kolej telah memberi perkhidmatan bas kolej secara percuma dan sebuah bas lagi disewa oleh pihak sekolah.
Ø Pelajar diberi penerangan mengenai kampus KTAR dan kursus-kursus yang ditawarkan serta dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang disediakan disekitar kawasan kolej.
Ø Lawatan Kerjaya ini mendapat layanan mesra daripada pihak KTAR dan pelajar-pelajar juga seronok dan mendapat pengalaman baru di sana.

14.4 PAMERAN KERJAYA
Ø Kaunselor telah mengirimkan surat-surat jemputan kepada kolej-kolej berdekatan bagi menjemput mereka mengadakan pameran kerjaya di sekolah.
Ø Sebanyak 5 buah IPTS telah menghadiri pameran kerjaya sekolah yang telah diadakan di kantin sekolah. Antara kolej-kolej yang terlibat ialah :
Kolej PTPL Ampang.
Kolej YPC-ITWEB
Management & science University
Kolej Poly-Tech Mara
Kolej I-System

Ø Kelas-kelas Tingkatan 5 dipanggil ke kantin untuk mengunjungi gerai-gerai pameran kerjaya. Pelajar-pelajar juga bertanya kepada IPTS-IPTS tentang kursus-kursus yang ditawarkan di tempat mereka.
Ø Pameran kerjaya kali ini mendapat sambutan daripada guru dan pelajar. Ada di kalangan guru yang melawat gerai pameran menanyakan soalan-soalan kerjaya kepada wakil-wakil IPTS.


15.0 PENUTUP
Secara kesluruhannya, hampir 95% daripada aturcara Minggu Informasi Kerjaya tahun 2008 telah berjaya dilaksanakan dan mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pihak pentadbir, guru-guru dan para pelajar. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah mula bertanya tentang halatuju selepas SPM. Program ini dapat membantu membangkitkan kesedaran pelajar dan seterusnya memotivasikan mereka untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM akan datang.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,

…………………………
( NORASHIKKIN BT. ALI)
Guru Kaunseling
SMK Pandan Jaya


Disemak oleh,


...................................................
( HJH SORIATI ABD SAMAD )
Penolong Kanan HEM
SMK Pandan Jaya.


Diluluskan Oleh,


………………………….
( HJH FAZILAH BT IBRAHIM )
Pengetua
SMK Pandan Jaya

Saturday, August 23, 2008

LAPORAN PLAN OPERASI KURSUS PENINGKATAN PRS 2008

Taklimat program.....


Jalan sambil tutup mata...




Latihan dalam kumpulan......Fasilitator PRS Tingkatan 5

1.0 PENDAHULUAN
Kem ini merupakan salah satu program tahunan yang dirancang oleh Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Tujuan kursus kepimpinan ini bagi membentuk para peserta yang berpotensi dari segi fizikal dan intelektual untuk memimpin ke arah pembentukan disiplin dalam kehidupan peserta. Kursus ini boleh memberi keyakinan kepada para peserta dalam menjalankan tugas yang diamanahkan disamping dapat membantu pihak sekolah dalam melancarkan pengurusan unit masing-masing.

2.0 OBJEKTIF
Objektif kursus ini ialah :
i. Untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berbakat dan berpotensi untuk memimpin negara pada masa akan datang.
ii. Untuk membentuk individu yang berkeyakinan diri yang tinggi.
iii. Untuk membentuk pasukan pengawas yang bekerjasama dan bersatupadu antara satu sama lain.
iv. Dapat memupuk semangat kerjasama dalam sesebuah kumpulan.
3.0 TARIKH
26 Julai 2008

4.0 TEMPAT
D'Congkak Forest, Hulu Langat.

5.0 PESERTA
40 Orang peserta ( pembimbing rakan sebaya pelajar tingkatan 2 hingga 5 )


6.0 AHLI JAWATANKUASA DAN SENARAI TUGAS
1.Pn. Hjh Fazilah bt. Ibrahim
(Pengetua)
Pengerusi Jawatankuasa

2.Cik Hjh Norhayati bt. Mohamad
(Penolong Kanan Akademik)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

3.Pn. Hjh Soriati bt. Abd Samad
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

4.Pn. Hjh Norma bt. Ramli
(Penyelia Petang)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

5.Pn. Norashikkin bt. Ali (Kaunselor)
Setiausaha/Pelaksana

6.Pn. Suhaida Samsuddin (Kaunselor)
Naib Setiausaha/Pelaksana

7.Pn. Zaiza Wahida bt. Mohd Khir Low(Kaunselor)
Bendahari / Pelaksana

8.En Basarudin Bin Bahaman ( kaunselor )
Pelaksana

7. 0 KOS PERBELANJAAN
1.Bayaran Bas RM 400.00
2.Dokumentasi dan cenderamata RM 100.00
3.Makanan dan Minuman RM 8 X 40 RM 320.00
4.Hadiah dan cenderamata RM 30 X 5 kumpulan RM 150.00
5.Sewa tempat dan alatan kursus RM 400.00

Jumlah RM 1370.00
8. JADUAL / PROSES KERJA
1. Merancang Kursus bersama Kelab PRS,membuat pelan operasi untuk mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah dan merancang pengisian yang sesuai untuk program oleh kaunselor dan PRS pada 17.6.2008 dan 21.6.2008.

2. Menghantar pelan operasi untuk kelulusan kepada pentadbir sekolah oleh kaunselor pada 23.6.2008.

3.Menghubungi tempat program/ surat dan menempah tempat untuk program oleh kaunselor pada 24.6.2008 dan membuat pengesahan pada 26.6.2008.

4.Mendapatkan senarai nama peserta serta yuran kursus oleh kaunselor pada 24.6.2008 dan berakhir pada 26.6.2008.

5. Taklimat kepada fasilitator pada 14.7.2008 dan mengedarkan borang kebenaran penjaga pada 16.7.2008 oleh kaunselor.

6.Perlaksanaan program oleh kaunselor dan PRS pada 26.7.2008.


8.0 AGENDA PROGRAM
- Sila rujuk lampiran
9.0 PENILAIAN PROGRAM

KAEDAH PENILAIAN
1.Dalam anggaran 70% peserta kem mengalami perubahan sikap kepimpinan yang baik di samping sikap kendiri yang positif. Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian kaunselor dan guru-guru.
10.0 REFLEKSI PROGRAM

10.1 KEBAIKAN / KELEBIHAN
10.11 Perjalanan proses kerja berjalan lancar. Segala rancangan yang diatur berjalan dengan baik mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
10.12 Tempat kursus bersesuaian dengan tentatif yang dirancang. Segalan peralatan yang diperlukan dapat digunakan dengan baik.
10.13 Semua fasilitator yang dilantik dapat menjalankan modul yang telah diajar dengan baik. Keberkesanan kursus dapat dilihat dengan adanya penglibatan yang baik dan disiplin yang tinggi dapat ditunjukkan oleh setiap peserta.
10.14 Semua peserta dan fasilitator yang terlibat dengan kursus ini dapat memenuhi masa dengan baik seperti yang dijadualkan.

10.2 KEKURANGAN / KELEMAHAN
10.21 Ada sesetengah peserta menarik diri disaat akhir mengebabkan kesukaran kaunselor mencari pengganti.
10.22 Kesemua PRS tingkatan 3 menarik diri dari kursus ini menyebabkan akan timbul serba sedikit kesukaran kepada mereka dapat menjalankan tugas PRS kelak.
10.23 Masa kursus yang pendek iaitu sehari memberi masa yang sedikit kepada peserta menghayati modul yang dijalankan dengan sempurna.
10.24 Masalah cuaca yang agak muram menyebabkan program terpaksa dihentikan lebih awal dan modul terakhir terpaksa dipendekkan sedikit

10.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
10.31 Masa kursus dibuat lebih lama misalnya 2 hari satu malam agar penghayatan setiap mengisian modul lebih lama dan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan.
10.32 kaunselor perlu memastikan tempat yang ditempah boleh digunakan sepanjang program dijalankan agar tidakberlakunya pertindihan tempat dengan sekolah lain.
10.33 Fasilitator perlu lebih mengetatkan disiplin mereka dan setiap peserta yang terlibat agar PRS lebih berdisiplin.


11.0 PENUTUP
Semoga kursus ini akan mencapai objektif yang dikehendaki iaitu melahirkan pemimpin yang berketrampilan dan bertanggungjawab. Adalah diharapkan juga agar kursus ini memberi perangsang kepada PRS untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi kepada sekolah. Semoga program ini dapat diteruskan dalam melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya.

Disediakan oleh,


............................................
( SUHAIDA SAMSUDDIN)
Guru Kaunseling
SMK Pandan Jaya.


Disemak oleh,

.............................................
( HJH SORIATI ABD SAMAD )
GPK Hal Ehwal Murid,
SMK Pandan Jaya.

Disahkan Oleh


...........................................
(HJH FAZILAH IBRAHIM )
Pengetua
SMK Pandan Jaya.

Tuesday, August 19, 2008

LAPORAN PLAN OPERASI PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PMR DAN SPM TAHUN 2008

Cuba memahami apa yang dikatakan.......

Khusyuk mendengar ceramah....





1. PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam bidang akademik adalah salah satu target yang ingin dicapai oleh semua pelajar khususnya bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Selain pembelajaran di dalam kelas, pelajar juga perlu disuntik elemen memotivasikan diri bagi memantapkan lagi keyakinan di dalam diri pelajar. Kaedah pembelajaran juga perlu diselitkan dengan teknik kemahiran belajar yang berkesan supaya pelajar dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran secara sistematik dan teratur. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan satu program motivasi dan kemahiran belajar untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.


2. MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dan matlamat yang jelas untuk berusaha ke arah kecemerlangan.


3. OBJEKTIF

3.1 JANGKA PENDEK :

3.1.1 Pada peperiksaan pertengahan tahun, peratus pelajar mendapat lulus bagi
semua mata pelajaran meningkat.
3.1.2 Pelajar dapat menggunakan kemahiran-kemahiran belajar yang dipelajari semasa pembelajaran di dalam kelas.

3.2 JANGKA PANJANG :

3.2.1 Meningkatkan kesedaran pelajar supaya lebih bermotivasi dan berkeyakinan
untuk menghadapi peperiksaan.
3.2.2 Memberi keinsafan kepada pelajar supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
3.2.3 Pelajar dapat mempelajari dan menggunakan kemahiran belajar yang diperolehi semasa pembelajaran di dalam kelas.


4. SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 5 ( 180 0rang )
Pelajar Tingkatan 3 ( 100 orang )




5. TARIKH PERLAKSANAAN

12 APRIL 2008


6. TEMPAT

AUDITORIUM MPAJ



7. JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Pn. Hjh Fazilah Bt Ibrahim (Pengetua)
Pengerusi Jawatankuasa

Cik Hjh Norhayati Bt Mohamad
(Penolong Kanan Akademik)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

Pn. Hjh Soriati Bt Abd Samad
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

Pn. Norma bt Ramli
(Penyelia Petang)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

Pn. Norashikkin Ali
Setiausaha / Pelaksana

Pn Zaiza Wahida Mohd Khir Low
Naib Setiausaha / Pelaksana

Cik. Rudziah bt. Umar
Bendahari / Pelaksana

Pn. Nor Ashikin Mohd Daud
Penyelaras Tingkatan 3

Ahlijawatankuasa

Pn. Misnah bt. Wagirin
Pn. Nor Ilyana bt. Abd Malek
Pn. Salmiza bt. Saleh
Pn. Nor Azma bt. Seman
Pn. Norain bt. Nordin
Cik. Norma bt. Omar
Pn. Norasiah bt. Yusuf
En. Anuar b. Kamaruddin
Cik. Widiana bt. Ahmad Fadzil
Pn. Surianiah



8. KOS PERBELANJAAN

Bayaran penceramah jemputan RM 2500
Makan & minum peserta RM 2.00 x 280 orang RM 560
Sewa Auditorium RM 625



Jumlah RM 3685


9. PROSES KERJA

1.Mesyuarat Jawatankuasa pengurusan oleh pengetua untuk membincangkan tarikh perlaksanaan, agihan tugas dan anggaran kos pada 7.3.2008.
2.Merancang pengisian yang sesuai untuk program oleh kaunselor pada 17.3.2008.
3.Membuat pelan operasi untuk mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah dan menghantar pelan operasi untuk kelulusan kepada pentadbir sekolah oleh kaunselor sekolah pada 18.3.2008.
4.Menempah tempat untuk program oleh kaunselor pada 20.3.2008.
5.Menghubungi penceramah jemputan serta mendapatkan bahan program untuk penceramah oleh kaunselor pada 21.3.2008.
6.Mendapatkan senarai nama daripada pelajar dari pada guru tingkatan pada 24.3.2008 oleh kaunselor.
7.Memberi taklimat kepada guru dan pelajar berkaitan pelan operasi program oleh kaunselor Cik Rudziah pada 3.4.2008.
8. Mengedarkan borang kebenaran penjaga kepada pelajar oleh guru tingkatan pada 4.4.2008.9. Perlaksanaan program pada12.4.2008.

10. PENILAIAN PROGRAM

Indikator Kejayaan
50% daripada pelajar dalam setiap kelas mengalami perubahan sikap dan tabiat belajar kepada yang lebih berkesan.

Kaedah Penilaian.
Pemerhatian Guru Tingkatan dan guru-guru mata pelajaran.


11. REFLEKSI PROGRAM

11.1 KEJAYAAN / KELEBIHAN PROGRAM

11.1.1 Program dapat dijalankan mengikut jadual yang telah diaturkan.

11.1.2 Para pelajar yang terlibat memberi maklum balas yang baik terhadap
penyampaian ceramah yang disampaikan oleh Tuan penceramah.

11.1.3 Kawalan dari guru yang bertugas menjadikan pelajar kurang keluar masuk
daripada dewan.


11.2 KELEMAHAN / KEGAGALAN PROGRAM

11.2.1 Kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada hari program, tidak mencapai jumlah sebenar semasa pendaftaran sebelum program.

11.2.2 Makanan dan minuman pelajar berlebihan kerana ditempah mengikut jumlah pendaftaran pelajar.

11.2.3 Terdapat 3 kelas Tingkatan 3 yang sepatutnya pergi tidak dapat hadir kerana dikuatiri tidak mempunyai tempat duduk, tetapi sebaliknya banyak kekosongan kerana hampir 100 orang pelajar tingkatan 5 yang mendaftar pergi tidak hadir.

11.2.4 Program lewat habis sehingga 45 minit lewat, dan keadaan tidak selesa kerana penyaman udara telah ditutup oleh pengawal tempat program.


11.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

11.3.1 Setiap program perlu dikenakan bayaran kepada pelajar supaya pelajar lebih komited terhadap program yang dijalankan.

11.3.2 Masa yang diperuntukkan perlu sesuai dengan program yang dijalankan supaya tidak berlaku kesuntukan masa.

11.3.4 Memastikan disiplin pelajar sentiasa terkawal semasa program dijalankan.



12. PENUTUP

Program Ceramah Motivasi ini telah mencapai objektif secara keseluruhannya dan berdasarkan maklumbalas pelajar mereka lebih bersemangat untuk belajar serta meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk meningkatkan motivasi dan prestasi akademik pelajar SMK Pandan Jaya.





Disediakan oleh:


…………………………….
( NORASHIKKIN BT ALI )
Guru Kaunseling
SMK Pandan Jaya





Disemak oleh:



....................................

(HJH SORIATI ABD SAMAD)

Penolong Kanan HEM

SMK Pandan Jaya.



Disahkan oleh:


………………………….....
(HJH FAZILAH IBRAHIM)
Pengetua
SMK Pandan Jaya

Saturday, August 16, 2008

LAPORAN OPERASI KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH

1.0 PENDAHULUAN

Pada zaman sekarang masalah salah laku jenayah dikalangan remaja amatlah membimbangkan. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah merancang satu program iaitu Kempen Pencegahan Jenayah berfokus kepada salah laku disiplin pelajar di sekolah. Program ini bertujuan supaya pelajar SMK Pandan Jaya sedar tentang bahaya salah laku yang melibatkan jenayah kepada mereka. Jenayah yang dimaksudkan ialah jenayah ringan yang bermula dari tingkah laku membuli sesama rakan. Masalah ini boleh menjadi punca kepada tingkahlaku yang lebih agresif seperti mencuri, pergaduhan, buli, ragut, merokok, merempit dan memeras ugut. Kedudukan sekolah yang berada di kawasan hitam dalam kes-kes jenayah juga merupakan faktor pelajar mudah terdedah dengan gejala jenayah. Hal ini amat membimbangkan pihak sekolah dan ibu bapa. Kerjasama dari pelbagai pihak seperti polis, PIBG, AADK Kawasan Ampang dan komuniti berdekatan amatlah diharapkan bagi membanteras kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah. Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar tentang akibat daripada melakukan jenayah.


2.0 RASIONAL

Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya melibatkan diri dalam perkara yang dikategorikan sebagai melakukan jenayah kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah.


3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang bebas daripada jenayah dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mempertingkatkan kesedaran remaja di peringkat sekolah mengenai bahaya budaya buli
kepada diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara.
4.2 Membanteras gejala awal penglibatan pelajar dalam kegiatan jenayah.
4.3 Melahirkan generasi muda yang bakal memimpin negara dengan memiliki nilai akhlak dan keperibadian mulia yang bebas dari pengaruh negatif.

5.0 TEMA

‘BEBASKAN DIRI DARI JENAYAH’

6.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Pandan Jaya.


7.0 TEMPOH PELAKSANAAN
9 hingga 13 Jun 2008.


8.0 PROGRAM PELAKSANAAN

8.1 Pelancaran di perhimpunan rasmi.
8.2 Perasmian penutup dan penyampaian hadiah.
8.3 Pidato pelajar ( Jauhi Buli )
8.4 Ceramah oleh
8.4.1Jabatan Penjara ( Cawangan Kajang )
8.4.2Jabatan Polis ( Cawangan Ampang )
8.5 Pertandingan
8.5.1Mencipta Sajak
8.5.2Menulis Esei
8.5.3Melukis Poster ( masyarakat penyayang )
8.5.4Kuiz Cabutan Bertuah
8.6Pameran
8.6.1Jabatan Penjara ( Cawangan Kajang )
8.6.2Jabatan Polis ( Bahagian Keselamatan )
8.7Edaran pamplet semasa pelancaran.
9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Sila rujuk lampiran.


10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA MINGGU BEBAS DADAH DAN ROKOK 2008

10.1 Anjuran bersama:
10.1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling
10.1.2 Pembimbing Rakan Sebaya
10.1.3 Kelab Pencegahan Jenayah
10.1.4 Panitia Bahasa Melayu
10.1.5 Panitia Bahasa Inggeris
10.1.6 Panitia Pendidikan Seni
10.1.7 Panitia Sivik & Kewarganegaraan
11.0JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Pn. Hjh Fazilah Bt Ibrahim (Pengetua)
Pengerusi Jawatankuasa

Cik Hjh Norhayati Bt Mohamad
(Penolong Kanan Akademik)

Naib Pengerusi Jawatankuasa
Pn. Hjh Soriati Bt Abd Samad
(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi Jawatankuasa
Pn. Norma bt Ramli
(Penyelia Petang)

Naib Pengerusi Jawatankuasa
Pn. Norashikkin Ali
Setiausaha / Pelaksana

Pn Suhaida Samsuddin
Naib Setiausaha / Pelaksana
Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni menyelaras Pertandingan Melukis Poster di dalam Kelas masing-masing.

Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris menyelaras Pertandingan Menulis Esei di dalam Kelas masing-masing.

Guru Mata pelajaran Sivik & Kewarganegaraan menyelaras Pertandingan Mencipta Sajak di dalam Kelas masing-masing.
Pembimbing Rakan Sebaya mengedar Kuiz.
12.0 ANGGARAN KOS PELAKSANAAN

Makan dan minum penceramah RM 129.90
Cenderamata penceramah RM 52.50
Hadiah pertandingan RM 271.65
Dokumentasi RM 102.6
Alat tulis RM 74.60
Jumlah RM 631.25


13.0 JADUAL/PROSES PELAKSANAAN
1.Pada 5.5.08 Kaunselor mula merancang tentatif yang sesuai untuk program ini dan menaip kertas kerja.
2.Pada 13.5.08 Kaunselor menghantar Kertas Kerja untuk diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah.
3.Pada 12.5.08 Kaunselor menyediakan bahan-bahan untuk program dan menghubungi penceramah jemputan
4.Pada 14.5.08 Kaunselor berbincang dengan Penolong Kanan Akademik, Penyelaras Tingkatan dan guru pembuat relief mengenai tempoh program dan jadual guru bertugas
5.Pada 22.5.08 Kaunselor menampal notis makluman di pejabat dan sekitar sekolah.
6.Pada 9.5.08 program telah dilaksanakan dengan bantuan ahlijawatankuasa program.
Pelaksanaan program.

14.0 MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Keberkesanan aktiviti-aktiviti Kempen Pencegahan Jenayah ini akan dinilai melalui pemerhatian kaunselor dan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan juga soal selidik secara lisan yang dijalankan kepada guru-guru dan pelajar.


15.0 REFLEKSI PROGRAM

15.1 PROGRAM KUIZ ANTI JENAYAH

Program ini dijalankan di setiap kelas. Ahli Pembimbing Rakan Sebaya mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar dan dikumpulkan oleh ketua tingkatan sebelum diserahkan kepada guru kaunseling. Pelajar akan menjawab soalan kuiz dan pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan yang tepat.

Kekangan dan halangan
1.Terdapat beberapa kelas yang tidak menghantar jawapan soalan kuiz kerana pelajar tidak mengambil berat terhadap aktiviti yang dijalankan.
2.Pelajar menganggap aktiviti seperti ini tidak penting kepada pelajar.
3.Soalan kuiz tidak dapat diedarkan kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah.

Mekanisme Penambahbaikan
1.Diharapkan pada masa akan datang guru mata pelajaran waktu kuiz dijalankan akan memantau aktiviti dan memastikan semua pelajar menjawab soalan kuiz yang diberikan.
2.Mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah di pintu pagar sekolah supaya pelajar yang lewat juga akan menjawab soalan kuiz.
15.2 CERAMAH BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH

Ceramah ini disampaikan oleh YDP PIBG En. Siva Subramaniam. Antara isi ceramah adalah berkaitan dengan kes jenayah seperti mencuri, pecah rumah, ragut dan kes rogol. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 4 untuk sesi pagi dan pelajar tingkatan 2 untuk sesi petang. Secara keseluruhannya program berjalan lancar.

Kekangan dan halangan
1.Program ini tidak melibatkan semua pelajar tingkatan 4 hanya 5 kelas sahaja yang telibat. Ini kerana tempat yang agak terhad.
2.Program ini diadakan selepas masa ketiga dan pelajar perlu ke bilik media A22 Blok Jaya. Pelajar Tingkatan 4 berada di Blok Ilmu. Ini menyebabkan pelajar lewat sampai ke bilik ceramah dan ramai pelajar yang mengambil kesempatan ponteng program ceramah ini semasa dalam perjalanan ke Blok Jaya.
3.Masalah penggunaan CD yang dibawa oleh penceramah.

Mekanisme Penambahbaikan
1.Pemantauan oleh guru matapelajaran semasa pergerakan pelajar dari kelas ke tempat ceramah perlu dilakukan bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng.
2.Bahan ceramah perlu diperolehi lebih awal supaya pihak sekolah dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi daripada bahan ceramah.
Perlu melibatkan lebih ramai pelajar untuk program ini supaya semua pelajar mendapat input yang sama.
3.Program ini perlu diadakan sepanjang tahun kerana kes jenayah pelajar berlaku sepanjang waktu persekolahan.


15.3 PROGRAM CERAMAH OLEH POLIS CAWANGAN AMPANG

Ceramah ini disampaikan oleh Anggota Polis Cawangan Ampang kepada 100 orang pelajar lelaki berisiko. Pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 sahaja dan dipilih oleh Unit Disiplin.

Kekangan dan halangan
1.Pelajar tidak menunjukkan sikap yang baik kepada penceramah.
2.Tajuk ceramah lebih kepada jenayah dadah sahaja.

Mekanisme Penambahbaikan
1.Guru perlu memantau sikap pelajar semasa program dijalankan supaya pelajar tidak melakukan perkara kurang sopan kepada penceramah.
Perlu mengingatkan kepada penceramah agar mempelbagaikan tajuk berkenaan dengan jenayah.


15.4 PROGRAM CERAMAH JENAYAH DADAH

Program ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Cawangan Ampang. Ceramah ini melibatkan 5 kelas pelajar tingkatan 3.

Kekangan dan Halangan
1.Program ini tidak melibatkan semua pelajar tingkatan 3 hanya 5 kelas sahaja yang telibat. Ini kerana tempat yang agak terhad.
2.Program ini diadakan selepas masa ketiga dan pelajar perlu ke bilik media A22 Blok Jaya. Pelajar Tingkatan 3 berada di Blok Jasa. Ini menyebabkan pelajar lewat sampai ke bilik ceramah dan ramai pelajar yang mengambil kesempatan ponteng program ceramah ini semasa dalam perjalanan ke Blok Jaya.
3.Terdapat segelintir pelajar yang membuat bising serta menganggu pelajar lain semasa program.

Mekanisme Penambahbaikan
1.Pemantauan oleh guru matapelajaran semasa pergerakan pelajar dari kelas ke tempat ceramah perlu dilakukan bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng.
Perlu melibatkan lebih ramai pelajar untuk program ini supaya semua pelajar mendapat input yang sama.
2.Penceramah kreatif dan melibatkan pelajar dengan mengadakan kuiz pada akhir ceramah serta meyediakan ganjaran kepada pelajar. Pelajar merasa seronok dan lebih memberi perhatian semasa sesi ceramah.
3.Guru mata pelajaran perlu mengawal pelajar kelas masing-masing bagi mengelakkan pelajar menganggu pelajar lain.


15.5 PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK, MELUKIS POSTER JENAYAH DAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar. Pertandingan ini diadakan semasa waktu P&P matapelajaran Sivik, Pendidikan Seni, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru-guru yang terlibat perlu menjalankan aktiviti di dalam kelas masing-masing dan nama pemenang hendaklah diserahkan kepada guru kaunseling sebelum 13 Jun 2008.

Kekangan dan Halangan
Aktiviti pertandingan ini tidak dilaksanakan oleh semua guru. Hanya pertandingan mencipta sajak, melukis poster dan menulis esei bahasa melayu sahaja yang menghantar nama pemenang. Ada juga guru yang menghantar nama pemenang pada saat-saat akhir.

Mekanisme Penambahbaikan
Pihak pentadbir perlu mengingatkan guru supaya menjalankan aktiviti yang dirancang supaya objektif untuk membebaskan diri pelajar dari salah laku jenayah tercapai.


16.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, Program Minggu Pencegahan Jenayah ini telah mencapai objektif yang dikehendaki. Ia juga telah memberi banyak faedah dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelajar tentang kes salah laku jenayah yang kerap dilakukan oleh pelajar sekolah melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.
Disediakan oleh,
.......................................
(NORASYIKIN BINTI BT ALI)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Pandan Jaya

Disemak oleh ,
........................................
(HJH. SORIATI ABD SAMAD)
Penolong Kanan Hem
SMK Pandan Jaya
Disahkan oleh,


..............................................
(HJH. FAZILAH BT. IBRAHIM)
Pengetua
SMK Pandan Jaya





Thursday, August 14, 2008

LAPORAN PELAN OPERASI STAR








PROGRAM STAR PMR & SPM TAHUN 2008




1. PENDAHULUAN

Program STAR merupakan salah satu program peningkatan akademik SMK Pandan Jaya yang diadakan pada setiap tahun untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil Peperiksaan PMR dan SPM. Ia merupakan program teknik menjawab bagi mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik. Program ini telah menjemput penceramah yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan akan datang dengan baik dan dapat meningkatkan prestasi akademik SMK Pandan Jaya.

2. OBJEKTIF

Pelajar dapat menggunakan teknik-teknik menjawab yang dipelajari semasa menjawab soalan peperiksaan.
Pelajar dapat menggunakan kemahiran-kemahiran belajar yang dipelajari semasa pembelajaran di dalam kelas.
Pelajar lebih bersedia dengan topik-topik penting sesuatu mata pelajaran yang akan keluar dalam peperiksaan.
Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dengan penceramah dan rakan-rakan.

3. SASARAN PELAJAR

Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 2008

4. TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh : 19 April 2008 – Program STAR SPM
Tarikh : 26 April 2008 – Program STAR PMR

5. TEMPAT

Auditorium MPAJ

6. JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

1. Pn. Hjh Fazilah Bt Ibrahim (Pengetua)
Pengerusi Jawatankuasa

2. Cik Hjh Norhayati Bt Mohamad (Penolong Kanan Akademik)
Naib Pengerusi Jawatankuasa
3. Pn. Hjh Soriati Bt Abd Samad (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

4. Pn. Norma bt Ramli (Penyelia Petang)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

5. Pn. Norashikkin Ali
Setiausaha / Pelaksana

6. Pn Zaiza Wahida Mohd Khir Low
Naib Setiausaha / Pelaksana

7. Cik. Rudziah bt. Umar
Bendahari / Pelaksana

8. Pn. G. Manimegala
Penyelaras Tingkatan 5
Pn. Nor Ashikin Mohd Daud
Penyelaras Tingkatan 3

9. Jawatankuasa Pelaksana STAR PMR
Pn. Liao Lee Lian
Pn. Yang Guat See
Pn. Norhayati bt. Zakaria
Pn. Ashaiah bt. Abu
Pn. Chong Pek Meng
Pn. Fauzilah bt. Mihat
Pn. Norma bt. Jamadin
Pn. Norhafiza bt. Mat Ariff

10. Jawatankuasan Pelaksana STAR SPM
Pn. Zaimatul Aniza bt. Ghazali
Pn. Zuraini bt. Othman
Pn. Hjh Fuziah bt. Yaakub
Pn. Noor Azma bt.Seman
Pn. Nora bt. Ahmad
Pn. Norafidah bt. Ariffin
Cik. M. Vasanthy
Pn. Jamaliah bt. Taib
Pn. Helen Jee
Pn. Eita Nazira bt. Abd Ghani
En. Mohd Khairi b. Abd Halim
En. Zulkifli b. Jainori
En. Maniam

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Bayaran penceramah jemputan RM 200 x 6 orang = RM 1200
2. Makan & minum peserta RM 2.00 x 500 orang = RM 1000
( Tarikh : 12 April 2008 )
3. Sewa Auditorium
( 19, 26 April2008 ) RM 625 x 2 hari = RM 1250

Jumlah = RM 3450

8. JADUAL / PROSES KERJA

1. Mesyuarat jawatankuasa pengurusan pada 7.3.2008.
2. Merancang pengisian yang sesuai oleh kaunselor pada 17.3.2008
3. Membuat pelan operasi untuk mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah dan
menghantar pelan operasi untuk kelulusan kepada pentadbir sekolah pada 18.3.2008.
4. Menempah tempat untuk program oleh kaunselor pada 20.3.2008.
5. Menghubungi penceramah jemputan dan mendapatkan bahan program untuk penceramah
pada 21.3.2008.
6. Mendapatkan senarai nama daripada pelajar oleh guru tingkatan pada 24.3.2008.
7. Taklimat kepada guru dan taklimat kepada pelajar oleh Cik Rudziah pada 3.4.2008
8. Mengedarkan borang kebenaran penjaga oleh guru tingkatan pada 4.4.2008.
9. Pelaksanaan program pada 12.4.2008

9. PENILAIAN PROGRAM

1. 50% daripada pelajar dalam setiap Pemerhatian Guru Tingkatan dan kelas mengalami perubahan sikap guru-guru matapelajaran dan tabiat belajar kepada yang lebih berkesan.

10. REFLEKSI PROGRAM

10.1 KEJAYAAN / KELEBIHAN PROGRAM

10.1.1 Program dapat dijalankan mengikut jadual yang telah diaturkan.

10.1.2 Para pelajar yang terlibat memberi maklum balas yang baik terhadap penyampaian ceramah yang disampaikan oleh Tuan penceramah.

10.1.3 Kawalan dari guru yang bertugas menjadikan pelajar kurang keluar masuk daripada dewan.


10.2 KELEMAHAN / KEGAGALAN PROGRAM

10.2.1 Pelajar Tingkatan 5 yang mendaftar untuk program ini tidak mencapai target iaitu 280 orang dan terpaksa menjemput pelajar tingkatan 4 untuk memenuhi auditorium yang telah disewa.

10.2.2 Program lewat habis sehingga 45 minit lewat, dan keadaan tidak selesa kerana penyaman udara telah ditutup oleh pengawal tempat program.

10.2.3 Terdapat pelajar yang membuat bising semasa perjalanan program dan ini menganggu penumpuan pelajar lain dan penceramah.

10.2.4 Pendaftaran pelajar Tingkatan 3 pada saat akhir iaitu pada hari perlaksanaan program menyulitkan keadaan pengurusan dari segi tempahan makanan yang tidak mencukupi.


10.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

10.3.1 Perlu membuat promosi besar-besaran kepada pelajar supaya mereka ebih berminat menyertai program yang dianjurkan.

10.3.2 Masa yang diperuntukkan perlu sesuai dengan program yang dijalankan supaya tidak berlaku kesuntukan masa.

10.3.3 Memastikan disiplin pelajar sentiasa terkawal semasa program dijalankan.

10.3.4 Memastikan pelajar dapat mendaftar dengan lebih awal sebelum hari perlaksanaan program supaya sebarang masalah dapat diatasi dengan cepat.



11. PENUTUP

Program STAR ini telah mencapai objektif secara keseluruhannya dan berdasarkan maklumbalas pelajar mereka lebih bersemangat untuk belajar serta meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM akan datang. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk meningkatkan motivasi dan prestasi akademik pelajar SMK Pandan Jaya





Disediakan oleh


------------------------------
( NORASHIKKIN ALI )
Guru Kaunseling
SMK Pandan Jaya


Disemak oleh :


--------------------------------
(HJH SORIATI ABD SAMAD)
GPK HEM
SMK Pandan Jaya



Disahkan oleh:


------------------------------
(HJH FAZILAH IBRAHIM)
Pengetua
SMK Pandan Jaya