Monday, August 25, 2008

LAPORAN PLAN OPERASI MINGGU INFORMASI KERJAYA 2008

Lawatan ke Kolej Tunku Abdul Rahman....

Khusyuk mendengar taklimat...........


Pertandingan melukis poster......

Pertandingan media kerjaya.....



1.0 PENDAHULUAN
Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum membuatkan pelajar terlepas pandang bahawa pendidikan kerjaya juga penting untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang tersebut. Dengan adanya matlamat kerjaya yang jelas, ia membantu pelajar membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai dalam peperiksaan SPM akan datang dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Berdasarkan prinsip SWOT, kekuatan yang ada pada sekolah untuk menganjurkan aktiviti kerjaya adalah terdapat banyak kolej swasta di sekitar kawasan sekolah ini dan merekamenjalin perhubungan yang baik dengan sekolah. Mereka juga telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah dan input tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar tingkatan 5. kelemahan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah ini adalah mereka kurang terdedah dengan maklumat-maklumat kerjaya dan matlamat selepas SPM mereka masih kabur lagi. Sebenarnya peluang untuk lebih memahami cita-cita dan halatuju sendiri selepas SPM terbuka luas kepada pelajar jika mereka rajin bertanya dan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat kerjaya di sekeliling mereka. Tetapi ancaman yang pelajar-pelajar akan hadapi adalah terdapat banyak kolej swasta berskala kecil yang menawarkan program-program yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan Lembaga Akreditasi Negara ( LAN ). Jika pelajar tidak membuat kajian dan mengumpul maklumat yang tepat sebelum berdaftar untuk melanjutkan pelajaran, maka peluang tertipu adalah tinggi pada mereka.

Maka dengan menganjurkan Minggu Informasi Kerjaya ini, maklumat-maklumat tentang kerjaya dan melanjutkan pelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar tingkatan 5 agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar kelak.


2.0 RASIONAL
Menyampaikan maklumat kerjaya dan hal-hal untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang di rancangkan supaya mereka melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.


3.0 MATLAMAT
Menghasilkan para pelajar yang lengkap dengan pelbagai ilmu pendidikan kerjaya dan jelas tentang matlamat hidup mereka serta berjaya dalam bidang kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang.



4.0 OBJEKTIF
4.1 Dapat menyampaikan maklumat tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar supaya mereka lebih bersedia menghadapi duni pekerjaan yang semakin mencabar.
4.2 Menambah pengetahuan pelajar mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktivit-aktiviti yang dijalankan.
4.3 Memberi pendedahan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS serta prospek kursu-kursus tersebut.
4.4 Membantu meningkatkan motivasi pelajar serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri mereka.
4.5 Memupuk semangat integrasi dan perpaduan kaum di antara pelajar-pelajar dan guru-guru melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sepanjang minggu ini.


5.0 TEMA
‘Pendidikan Cemerlang Kerjaya Gemilang’


6.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Pandan Jaya khususnya pelajar tingkatan 5.


7.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Dari 7hb Julai hingga 11hb Julai 2008


8.0 PROGRAM PELAKSANAAN
8.1 Pelancaran Minggu Informasi Kerjaya
8.2 Ceramah Kerjaya :
8.2.1 Bidang Hospitality dan Pelancongan
8.2.2 Bidang Sains Kesihatan
8.2.3 Profit Seekers ( Accounting, Management, Marketing, Banking)
8.2.4 Kemahiran
8.2.5 Kesenian

8.3 Lawatan Kerjaya
8.3.1 Kolej Tunku Abdul Rahman, KL

8.4 Pameran Kerjaya
Menjemput IPTA / IPTS untuk mengadakan pameran.

8.5 Kuiz Kerjaya
Soalan kuiz akan diedarkan selepas perhimpunan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5. 20 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan ketepatan jawapan yang diberi.


9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Sila rujuk lampiran 1


10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA MINGGU INFORMASI KERJAYA 2008

10.1 Anjuran Bersama :
10.1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling
10.1.2 Unit Ko-Kokurikulum
10.1.3 Panitia Pendidikan Seni Visual
10.1.4 Kelab Seni Kreatif


11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pn. Hjh. Fazilah bt. Ibrahim
Penasihat

Tn. Syed Ismail b. Syed Mohamed
Pengerusi
Cik. Hjh. Norhayati bt. Mohamad
Pn. Hjh. Soriati bt. Abd Samad
Pn . Hjh Norma bt. Ramli
Naib Pengerusi
Pn. Liao Lee Lian
Penyelaras
Pn. Norashikkin bt. Ali
Setiausaha / Pelaksana
Pn. Suhaida bt. Samsudin
Naib Setiausaha / pelaksana

Pn. Zaiza Wahida bt. Mohd Khir Low
Bendahari / Pelaksana

En. Basarudin b. Bahaman
Pelaksana

Pembimbing Rakan Sebaya
Jawatankuasa Pameran Kerjaya


12.0 KOS PELAKSANAAN
1.Cenderamata untuk penceramah 8 x RM 11.90 RM 95.20
2.Sewaan Bas Untuk Lawatan 1 x RM 250 RM 250.00
3.Makan minum untuk wakil IPTS ( pameran ) RM 77.20
4.Dokumentasi RM 45.30

JUMLAH RM 467.70


13.0 MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Keberkesanan aktiviti-aktiviti Minggu Informasi Kerjaya ini akan dinilai oleh kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya. Soal selidik secara lisan dan bertulis akan dijalankan kepada guru-guru dan pelajar tingkatan 5.


14.0LAPORAN AKTIVITI
14.1 MAJLIS PELANCARAN
Majlis pelancaran dimulakan dengan sketsa kerjaya bertemakan Pendidikan Kerjaya Penentu Masa Depan Gemilang. Beberapa orang pelajar tingkatan 4 berjaya melaksanakan sketsa tentang kerjaya penerbangan. Melalui sketsa yang dilakonkan oleh pelajar, guru kaunseling telah mengemukakan beberapa soalan kuiz kepada pelajar berdasarkan sketsa yang mereka tonton. Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat telah diberikan hadiah. Aktiviti ini telah membawa mesej yang jelas berdasarkan tema aktiviti kepada para pelajar.


14.2 CERAMAH-CERAMAH KERJAYA
14.2.1 Ceramah kerjaya yang umum
Ø Dikendalikan oleh kaunselor sendiri. Antara isi kandungannya termasuk :
Halatuju selepas SPM
Kursus-kursus berbentuk kemahiran pada peringkat sijil dan diploma.
Biasiswa dan pinjaman yang boleh dimohon.
Penempahan borang matrikulasi.
Kursus-kursus bidang sains dan teknologi.


14.2.2 Ceramah – Bidang Sains Kesihatan
Ø Disampaikan oleh wakil / pensyarah Kolej PTPL Ampang kepada pelajar aliran sains tulen sahaja.
Ø Pengisian ceramah lebih kepada bidang-bidang kursus yang boleh pelajar ikuti selepas SPM dan tentang prospek kerjaya yang ditawarkan berkaitan dengan kursus yang diambil.

14.2.3 Ceramah – Bidang Hospitality dan Pelancongan
Ø Ceramah ini disampaikan oleh wakil/pensyarah Kolej PTPL Ampang kepada pelajar aliran kemanusiaan ( 5 Cekap, 5 Cekal, 5 Ceria, 5 Cerdik, 5 Cerdas dan 5 Harmoni. )
Ø Pengisian ceramah tentang bidang-bidang kursus yang ditawarkan selepas SPM dan tentang prospek kerjaya yang ditawarkan berkaitan dengan kursus yang diambil.
Ø Pensyarah kolej ini juga menerangkan tentang halatuju pelajar yang mengambil kursus ini adalah sangat meluas terutama dalam bidang pelancongan.

14.2.4 Ceramah – Profit Seekers
Ø Ceramah ini disampaikan oleh wakil / pensyarah Management & Science University.
Ø Sasaran pelajar adalah daripada kelas 5 Bijak, 5 Berkat, 5 Bestari, 5 Cekap, 5 Cekal, 5 Ceria, 5 Cerdik, 5 Cerdas dan 5 Harmoni.
Ø Pengisian ceramah ini lebih kepada kursus bidang perakaunan, ekonomi dan pentadbiran perniagaan.
Ø Ceramah ini sangat sesuai dengan bidang yang pelajar ambil iaitu prinsip akaun dan perdagangan.
Ø Ceramah ini mendapat perhatian daripada pelajar kerana ramai yang bertanya tentang kursus-kursus yang berkaitan dengan mereka.

14.2.5 Ceramah – Kemahiran
Ø Ceramah ini disampaikan oleh wakil daripada Kolej Poly-Tech Mara.
Ø Sasaran pelajar adalah daripada kelas 5 Cekap, 5 Cekal, 5 Ceria, 5 Cerdik, 5 Cerdas dan 5 Harmoni.
Ø Pengisian ceramah ini berkaitan dengan kursus dalam bidang teknologi dan IT serta prospek kerjaya yang boleh pelajar ceburi selepas SPM.
Ø Wakil kolej ini juga menerangkan tentang cara pelajar bantuan kewangan yang pelajar boleh minta untuk melanjutkan pelajaran.
Ø Di akhir ceramah ini wakil kolej telah mengemukakan beberapa soalan kuiz berdasarkan ceramah yang telah disampaikan.
Ø Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat telah diberi cenderahati daripada pihak kolej.

14.2.6 Ceramah – Industri Penerbangan
Ø Pihak sekolah telah menjemput Inter Excell Advisory untuk memberi ceramah, tetapi pada saat akhir, pihak institut tidak dapat hadir kerana wakil penceramah terpaksa menghadiri satu kursus yang tidak dapat dielakkan. Maka ceramah ini tidak dapat dijalankan.



Kekangan dan halangan
Ada sesetengah pelajar kelas lemah tingkatan 5 tidak masuk ke bilik ceramah untuk mendengar ceramah dan mereka ponteng dengan melepak di blok lama dan tandas.
Kurang kawalan daripada guru waktu matapelajaran semasa aktiviti dijalankan juga menyebabkan pelajar ramai yang ponteng dan keluar masuk bilik ceramah tanpa kawalan.
Tempat ceramah yang kurang selesa juga mempengaruhi pelajar untuk tidak berada lama di dalam bilik media ( tempat ceramah ).
Kerosakkan suis di blok jaya telah menyebabkan beberapa sesi ceramah lewat dimulakan dan terpaksa menyambung suis daripada kelas 5 ceria.
Penceramah yang tidak hadir pada saat-saat akhir membazirkan masa satu sesi ceramah yang diaturkan.

Mekanisme Penambahbaikan
1. Guru-guru mata pelajaran perlu mengawal kelas masing-masing semasa program dilaksanakan.
2. Selain daripada itu, kehadiran pelajar untuk sesi ceramah juga perlu dikawal ketat supaya pelajar tidak ada peluang untuk ponteng kelas.
3. Mengasingkan pelajar mengikut kelas supaya pelajar yang bermasalah ini tidak mengganggu pelajar lain dan sesi ceramah dapat berjalan lancar.
4. Kerosakkan suis utama perlu dibaiki supaya program akan datang dapat berjalan lancar.
5. Mengingatkan pelajar supaya menghormati tetamu luar seperti penceramah yang dijemput.


14.3 LAWATAN KERJAYA
Ø Lawatan kerjaya ini telah dibuat di Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak KL. Lawatan ini terpaksa dibuat selepas Minggu Informasi Kerjaya kerana waktu yang ditetapkan pada minggu tersebut telah penuh.
Ø Seramai 80 orang pelajar daripada kelas 5 Alfa, 5 Beta dan 5 Harmoni telah menyertai lawatan ini.
Ø Pihak kolej telah memberi perkhidmatan bas kolej secara percuma dan sebuah bas lagi disewa oleh pihak sekolah.
Ø Pelajar diberi penerangan mengenai kampus KTAR dan kursus-kursus yang ditawarkan serta dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang disediakan disekitar kawasan kolej.
Ø Lawatan Kerjaya ini mendapat layanan mesra daripada pihak KTAR dan pelajar-pelajar juga seronok dan mendapat pengalaman baru di sana.

14.4 PAMERAN KERJAYA
Ø Kaunselor telah mengirimkan surat-surat jemputan kepada kolej-kolej berdekatan bagi menjemput mereka mengadakan pameran kerjaya di sekolah.
Ø Sebanyak 5 buah IPTS telah menghadiri pameran kerjaya sekolah yang telah diadakan di kantin sekolah. Antara kolej-kolej yang terlibat ialah :
Kolej PTPL Ampang.
Kolej YPC-ITWEB
Management & science University
Kolej Poly-Tech Mara
Kolej I-System

Ø Kelas-kelas Tingkatan 5 dipanggil ke kantin untuk mengunjungi gerai-gerai pameran kerjaya. Pelajar-pelajar juga bertanya kepada IPTS-IPTS tentang kursus-kursus yang ditawarkan di tempat mereka.
Ø Pameran kerjaya kali ini mendapat sambutan daripada guru dan pelajar. Ada di kalangan guru yang melawat gerai pameran menanyakan soalan-soalan kerjaya kepada wakil-wakil IPTS.


15.0 PENUTUP
Secara kesluruhannya, hampir 95% daripada aturcara Minggu Informasi Kerjaya tahun 2008 telah berjaya dilaksanakan dan mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pihak pentadbir, guru-guru dan para pelajar. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah mula bertanya tentang halatuju selepas SPM. Program ini dapat membantu membangkitkan kesedaran pelajar dan seterusnya memotivasikan mereka untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM akan datang.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,

…………………………
( NORASHIKKIN BT. ALI)
Guru Kaunseling
SMK Pandan Jaya


Disemak oleh,


...................................................
( HJH SORIATI ABD SAMAD )
Penolong Kanan HEM
SMK Pandan Jaya.


Diluluskan Oleh,


………………………….
( HJH FAZILAH BT IBRAHIM )
Pengetua
SMK Pandan Jaya

No comments: