Saturday, August 23, 2008

LAPORAN PLAN OPERASI KURSUS PENINGKATAN PRS 2008

Taklimat program.....


Jalan sambil tutup mata...




Latihan dalam kumpulan......Fasilitator PRS Tingkatan 5

1.0 PENDAHULUAN
Kem ini merupakan salah satu program tahunan yang dirancang oleh Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Tujuan kursus kepimpinan ini bagi membentuk para peserta yang berpotensi dari segi fizikal dan intelektual untuk memimpin ke arah pembentukan disiplin dalam kehidupan peserta. Kursus ini boleh memberi keyakinan kepada para peserta dalam menjalankan tugas yang diamanahkan disamping dapat membantu pihak sekolah dalam melancarkan pengurusan unit masing-masing.

2.0 OBJEKTIF
Objektif kursus ini ialah :
i. Untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berbakat dan berpotensi untuk memimpin negara pada masa akan datang.
ii. Untuk membentuk individu yang berkeyakinan diri yang tinggi.
iii. Untuk membentuk pasukan pengawas yang bekerjasama dan bersatupadu antara satu sama lain.
iv. Dapat memupuk semangat kerjasama dalam sesebuah kumpulan.
3.0 TARIKH
26 Julai 2008

4.0 TEMPAT
D'Congkak Forest, Hulu Langat.

5.0 PESERTA
40 Orang peserta ( pembimbing rakan sebaya pelajar tingkatan 2 hingga 5 )


6.0 AHLI JAWATANKUASA DAN SENARAI TUGAS
1.Pn. Hjh Fazilah bt. Ibrahim
(Pengetua)
Pengerusi Jawatankuasa

2.Cik Hjh Norhayati bt. Mohamad
(Penolong Kanan Akademik)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

3.Pn. Hjh Soriati bt. Abd Samad
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

4.Pn. Hjh Norma bt. Ramli
(Penyelia Petang)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

5.Pn. Norashikkin bt. Ali (Kaunselor)
Setiausaha/Pelaksana

6.Pn. Suhaida Samsuddin (Kaunselor)
Naib Setiausaha/Pelaksana

7.Pn. Zaiza Wahida bt. Mohd Khir Low(Kaunselor)
Bendahari / Pelaksana

8.En Basarudin Bin Bahaman ( kaunselor )
Pelaksana

7. 0 KOS PERBELANJAAN
1.Bayaran Bas RM 400.00
2.Dokumentasi dan cenderamata RM 100.00
3.Makanan dan Minuman RM 8 X 40 RM 320.00
4.Hadiah dan cenderamata RM 30 X 5 kumpulan RM 150.00
5.Sewa tempat dan alatan kursus RM 400.00

Jumlah RM 1370.00
8. JADUAL / PROSES KERJA
1. Merancang Kursus bersama Kelab PRS,membuat pelan operasi untuk mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah dan merancang pengisian yang sesuai untuk program oleh kaunselor dan PRS pada 17.6.2008 dan 21.6.2008.

2. Menghantar pelan operasi untuk kelulusan kepada pentadbir sekolah oleh kaunselor pada 23.6.2008.

3.Menghubungi tempat program/ surat dan menempah tempat untuk program oleh kaunselor pada 24.6.2008 dan membuat pengesahan pada 26.6.2008.

4.Mendapatkan senarai nama peserta serta yuran kursus oleh kaunselor pada 24.6.2008 dan berakhir pada 26.6.2008.

5. Taklimat kepada fasilitator pada 14.7.2008 dan mengedarkan borang kebenaran penjaga pada 16.7.2008 oleh kaunselor.

6.Perlaksanaan program oleh kaunselor dan PRS pada 26.7.2008.


8.0 AGENDA PROGRAM
- Sila rujuk lampiran
9.0 PENILAIAN PROGRAM

KAEDAH PENILAIAN
1.Dalam anggaran 70% peserta kem mengalami perubahan sikap kepimpinan yang baik di samping sikap kendiri yang positif. Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian kaunselor dan guru-guru.
10.0 REFLEKSI PROGRAM

10.1 KEBAIKAN / KELEBIHAN
10.11 Perjalanan proses kerja berjalan lancar. Segala rancangan yang diatur berjalan dengan baik mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
10.12 Tempat kursus bersesuaian dengan tentatif yang dirancang. Segalan peralatan yang diperlukan dapat digunakan dengan baik.
10.13 Semua fasilitator yang dilantik dapat menjalankan modul yang telah diajar dengan baik. Keberkesanan kursus dapat dilihat dengan adanya penglibatan yang baik dan disiplin yang tinggi dapat ditunjukkan oleh setiap peserta.
10.14 Semua peserta dan fasilitator yang terlibat dengan kursus ini dapat memenuhi masa dengan baik seperti yang dijadualkan.

10.2 KEKURANGAN / KELEMAHAN
10.21 Ada sesetengah peserta menarik diri disaat akhir mengebabkan kesukaran kaunselor mencari pengganti.
10.22 Kesemua PRS tingkatan 3 menarik diri dari kursus ini menyebabkan akan timbul serba sedikit kesukaran kepada mereka dapat menjalankan tugas PRS kelak.
10.23 Masa kursus yang pendek iaitu sehari memberi masa yang sedikit kepada peserta menghayati modul yang dijalankan dengan sempurna.
10.24 Masalah cuaca yang agak muram menyebabkan program terpaksa dihentikan lebih awal dan modul terakhir terpaksa dipendekkan sedikit

10.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
10.31 Masa kursus dibuat lebih lama misalnya 2 hari satu malam agar penghayatan setiap mengisian modul lebih lama dan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan.
10.32 kaunselor perlu memastikan tempat yang ditempah boleh digunakan sepanjang program dijalankan agar tidakberlakunya pertindihan tempat dengan sekolah lain.
10.33 Fasilitator perlu lebih mengetatkan disiplin mereka dan setiap peserta yang terlibat agar PRS lebih berdisiplin.


11.0 PENUTUP
Semoga kursus ini akan mencapai objektif yang dikehendaki iaitu melahirkan pemimpin yang berketrampilan dan bertanggungjawab. Adalah diharapkan juga agar kursus ini memberi perangsang kepada PRS untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi kepada sekolah. Semoga program ini dapat diteruskan dalam melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya.

Disediakan oleh,


............................................
( SUHAIDA SAMSUDDIN)
Guru Kaunseling
SMK Pandan Jaya.


Disemak oleh,

.............................................
( HJH SORIATI ABD SAMAD )
GPK Hal Ehwal Murid,
SMK Pandan Jaya.

Disahkan Oleh


...........................................
(HJH FAZILAH IBRAHIM )
Pengetua
SMK Pandan Jaya.

No comments: