Tuesday, August 19, 2008

LAPORAN PLAN OPERASI PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PMR DAN SPM TAHUN 2008

Cuba memahami apa yang dikatakan.......

Khusyuk mendengar ceramah....





1. PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam bidang akademik adalah salah satu target yang ingin dicapai oleh semua pelajar khususnya bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Selain pembelajaran di dalam kelas, pelajar juga perlu disuntik elemen memotivasikan diri bagi memantapkan lagi keyakinan di dalam diri pelajar. Kaedah pembelajaran juga perlu diselitkan dengan teknik kemahiran belajar yang berkesan supaya pelajar dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran secara sistematik dan teratur. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan satu program motivasi dan kemahiran belajar untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.


2. MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dan matlamat yang jelas untuk berusaha ke arah kecemerlangan.


3. OBJEKTIF

3.1 JANGKA PENDEK :

3.1.1 Pada peperiksaan pertengahan tahun, peratus pelajar mendapat lulus bagi
semua mata pelajaran meningkat.
3.1.2 Pelajar dapat menggunakan kemahiran-kemahiran belajar yang dipelajari semasa pembelajaran di dalam kelas.

3.2 JANGKA PANJANG :

3.2.1 Meningkatkan kesedaran pelajar supaya lebih bermotivasi dan berkeyakinan
untuk menghadapi peperiksaan.
3.2.2 Memberi keinsafan kepada pelajar supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
3.2.3 Pelajar dapat mempelajari dan menggunakan kemahiran belajar yang diperolehi semasa pembelajaran di dalam kelas.


4. SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 5 ( 180 0rang )
Pelajar Tingkatan 3 ( 100 orang )




5. TARIKH PERLAKSANAAN

12 APRIL 2008


6. TEMPAT

AUDITORIUM MPAJ



7. JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Pn. Hjh Fazilah Bt Ibrahim (Pengetua)
Pengerusi Jawatankuasa

Cik Hjh Norhayati Bt Mohamad
(Penolong Kanan Akademik)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

Pn. Hjh Soriati Bt Abd Samad
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

Pn. Norma bt Ramli
(Penyelia Petang)
Naib Pengerusi Jawatankuasa

Pn. Norashikkin Ali
Setiausaha / Pelaksana

Pn Zaiza Wahida Mohd Khir Low
Naib Setiausaha / Pelaksana

Cik. Rudziah bt. Umar
Bendahari / Pelaksana

Pn. Nor Ashikin Mohd Daud
Penyelaras Tingkatan 3

Ahlijawatankuasa

Pn. Misnah bt. Wagirin
Pn. Nor Ilyana bt. Abd Malek
Pn. Salmiza bt. Saleh
Pn. Nor Azma bt. Seman
Pn. Norain bt. Nordin
Cik. Norma bt. Omar
Pn. Norasiah bt. Yusuf
En. Anuar b. Kamaruddin
Cik. Widiana bt. Ahmad Fadzil
Pn. Surianiah



8. KOS PERBELANJAAN

Bayaran penceramah jemputan RM 2500
Makan & minum peserta RM 2.00 x 280 orang RM 560
Sewa Auditorium RM 625



Jumlah RM 3685


9. PROSES KERJA

1.Mesyuarat Jawatankuasa pengurusan oleh pengetua untuk membincangkan tarikh perlaksanaan, agihan tugas dan anggaran kos pada 7.3.2008.
2.Merancang pengisian yang sesuai untuk program oleh kaunselor pada 17.3.2008.
3.Membuat pelan operasi untuk mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah dan menghantar pelan operasi untuk kelulusan kepada pentadbir sekolah oleh kaunselor sekolah pada 18.3.2008.
4.Menempah tempat untuk program oleh kaunselor pada 20.3.2008.
5.Menghubungi penceramah jemputan serta mendapatkan bahan program untuk penceramah oleh kaunselor pada 21.3.2008.
6.Mendapatkan senarai nama daripada pelajar dari pada guru tingkatan pada 24.3.2008 oleh kaunselor.
7.Memberi taklimat kepada guru dan pelajar berkaitan pelan operasi program oleh kaunselor Cik Rudziah pada 3.4.2008.
8. Mengedarkan borang kebenaran penjaga kepada pelajar oleh guru tingkatan pada 4.4.2008.9. Perlaksanaan program pada12.4.2008.

10. PENILAIAN PROGRAM

Indikator Kejayaan
50% daripada pelajar dalam setiap kelas mengalami perubahan sikap dan tabiat belajar kepada yang lebih berkesan.

Kaedah Penilaian.
Pemerhatian Guru Tingkatan dan guru-guru mata pelajaran.


11. REFLEKSI PROGRAM

11.1 KEJAYAAN / KELEBIHAN PROGRAM

11.1.1 Program dapat dijalankan mengikut jadual yang telah diaturkan.

11.1.2 Para pelajar yang terlibat memberi maklum balas yang baik terhadap
penyampaian ceramah yang disampaikan oleh Tuan penceramah.

11.1.3 Kawalan dari guru yang bertugas menjadikan pelajar kurang keluar masuk
daripada dewan.


11.2 KELEMAHAN / KEGAGALAN PROGRAM

11.2.1 Kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada hari program, tidak mencapai jumlah sebenar semasa pendaftaran sebelum program.

11.2.2 Makanan dan minuman pelajar berlebihan kerana ditempah mengikut jumlah pendaftaran pelajar.

11.2.3 Terdapat 3 kelas Tingkatan 3 yang sepatutnya pergi tidak dapat hadir kerana dikuatiri tidak mempunyai tempat duduk, tetapi sebaliknya banyak kekosongan kerana hampir 100 orang pelajar tingkatan 5 yang mendaftar pergi tidak hadir.

11.2.4 Program lewat habis sehingga 45 minit lewat, dan keadaan tidak selesa kerana penyaman udara telah ditutup oleh pengawal tempat program.


11.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

11.3.1 Setiap program perlu dikenakan bayaran kepada pelajar supaya pelajar lebih komited terhadap program yang dijalankan.

11.3.2 Masa yang diperuntukkan perlu sesuai dengan program yang dijalankan supaya tidak berlaku kesuntukan masa.

11.3.4 Memastikan disiplin pelajar sentiasa terkawal semasa program dijalankan.



12. PENUTUP

Program Ceramah Motivasi ini telah mencapai objektif secara keseluruhannya dan berdasarkan maklumbalas pelajar mereka lebih bersemangat untuk belajar serta meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk meningkatkan motivasi dan prestasi akademik pelajar SMK Pandan Jaya.





Disediakan oleh:


…………………………….
( NORASHIKKIN BT ALI )
Guru Kaunseling
SMK Pandan Jaya





Disemak oleh:



....................................

(HJH SORIATI ABD SAMAD)

Penolong Kanan HEM

SMK Pandan Jaya.



Disahkan oleh:


………………………….....
(HJH FAZILAH IBRAHIM)
Pengetua
SMK Pandan Jaya

1 comment:

Anonymous said...

Lucky Club Casino Site | Live Dealer Casino Review
Lucky Club Casino has been in operation since 1998 and offers great live games luckyclub.live from all over the globe. Their range of games includes  Rating: 4 · ‎Review by Lucky Club Casino